#throwback : Australia Trip Pt. #1

Aku memang suka jalan-jalan.. Tak kisahlah.. Dekat ke.. Jauh ke.. Janji jalan.. Its kind of self-satisfaction for me.. Ye la.. Keje penat-penat, sometimes nak la reward untuk diri sendiri.. :-p
Dalam banyak-banyak tempat yang aku pernah pergi.. Tempat yang paling jauh sekali - Australia, setakat ni.. Walaupun pernah ada peluang untuk pergi London for presentation, even aku yang penat buat publication tu, end up, dengan selamba - 'XXX ganti tempat akak present paper kt London, boleh'?
Bukan sorang, hampir 80% orang tanya apsal tak nak pergi.. Kwang kwang kwang.. Bukan tak teringin g London.. Tp masalah paling besar, andai kata pergi ke London, balik Mesia 36 jam, pastu kena fly balik ke Australia for my trip with my friends (yang kami dah rancang dekat setahun lamanya).. Semua dah bayar, tinggal execute jer.. And sebab yang ke dua.. Sejarah, sekali je pernah tinggal Izzat sebab ada kerja kat luar-Johor Bahru.. And satu malam.. Yang nak ke London ni, seminggu kot.. Huhuhu.. Mmg x la kan.. Here we go Australia.. 
Aku g sana tahun 2014.. So, sbb nak Zero Fare, 2013 aku dah beli ticket... December.. Sale start kol 12.00AM, Kol 11.30pm aku dh ready.. Bukan 1 device yer.. 4 device.. 1 iPAD, 2 laptop, 1 phone.. Alhamdulillah.. Aku manage beli ticket utk 4 org.. KL-Gold Coast, Sydney - KL.. Total semua dalam RM1000 untuk ticket.. Aku, Izzat, Kak Neeza, Mas.. Lepas beli ticket flight, esok baru aku minta permission... "B, saya dah beli tiket tau pergi Australia dengan Izzat".. Husband x mampu nak ckp apa, sebab dah beli kan? Kekeke.. Jangan tanya kenapa x ajak husband dia.. Kerja dia yang susah nak cuti tu sebab utama.. Mmg x boleh cuti lama-lama.. Kalau dah naik flight dekat 8 jam, mesti la pergi more than 5 days kan? Rugi duit tiket jer.. 
Lps settle semua, esok g office.. Baru aku cari ticket transit GC to Sydney.. Alhamdulillah.. Dpt beli.. Dengan harga lbh kurang RM150.. Ok la kan.. Tgh promo juga.. Jet Star.. 
Actually, masa nk g Australia ni, aku dlm dilema juga.. Bln 3, MH370 hilang.. One of ofismate lama nyer kakak terlibat sama dalam kes tu.. Masa ni kitorang semua mcm ok.. Tak apa.. Insya allah.. And yet.. MH17 nyer kes.. Yang ni mmg aku takut la.. 
To be honest, mmg aku tawakal je pergi hari tu.. Dengan gelagat Izzat tiba-tiba main tembak-tembak.. Aku tanya-Izzat main apa? Dia selamba cakap-"Izzat main tembak-tembak mama. Kalau orang tembak kapal terbang kita, Izzat tembak dia balik".. Telan air liur kejap wei..😱😱😱 
Sejak tu la.. Aku google.. Doa menaiki kenderaan darat.. Dan sejak tu gak la.. Setiap kali nak naik flight.. Akan akan make sure aku baca Yassin banyak-banyak, baca doa banyak-banyak dan buat solat hajat.. Malang tak berbau kan? Sebab kan kes MH370 and MH17 ni, aku memang purposely cari travel insurance.. Aku beli asing.. Under Etiqa.. Siap beli yang kalau apa-apa jadi, coffin diorang bawa balik.. Paranoid tak? Sekang ni aku dh ok skit la.. Compare dari dulu..:-p
Kat bawah ni.. Aku ada attach sekali doa yang akan aku amalkan bila nak naik kapal terbang ni.. 
Untuk post yang seterusnya.. Aku akan cerita tentang research yang aku buat, mcm mn aku buat iternary sampai ada kawan yang pergi sekali cakap, inilah iternary paling detail yang dia pernah jumpa.. To be continued.. 


 







Comments

Popular posts from this blog

ISL Team in memory

Resepi : Cornflakes Rangup

Stand By Me